Skip to main content

Featured

Movie Animation Park Studios (MAPS): Review telus tak ‘censor’.

11 pagi. Bersilau Ya Amat. Berbaloi ke tak pergi MAPS? Ramai tertanya - tanya, best ke MAPS ni? Iyelah, iklan MAPS merata - rata di sepanjang lebuh raya. Binaannya pula tersergam indah ditepi susur keluar Ipoh Selatan/Jelapang. Meh saya review sikit. Peta Rasmi MAPS. 1. Sejak pembukaan rasmi MAPS pada June 2017, masih terdapat beberapa tarikan yang masih belum siap. Yang paling ketara adalah kawasan DREAM ZONE. Dream Zone sepatutnya menjadi tarikan utama pengunjung kerana ia menepatkan tarikan seperti Megamind Megadrop, Dream Theater, Casper’s Birthday Blast dan The Crood’s Crazy Chase. Ia dijadualkan dibuka sebelum September 2017, namun ia masih ditutup pada bulan Mei 2018. BoboiBoy 4D Adventure memang terbaik. Yang lain, tak berapa sangat. 2. Tarikan utama yang paling berbaloi dan wajib pergi adalah Boboiboy 4D Adventure. Ia seperti menonton filem 3D dipanggung wayang tetapi kerusi anda akan bergerak mengikut pergerakan watak dalam filem yang tersiar. Apabila wa

Impiana KLCC: Lokasi mantap

“Hi sir, welcome to Impiana. How may I assist you?”

Wow! Baru jejak kaki nak beratur di kaunter, terus mendapat layanan mesra. Beg - beg pun semuanya dah settle untuk dibawa ke bilik sebaik sahaja turun dari kenderaan.

First impression memang terbaik hotel ni. Walaupun tetamu hotel begitu ramai ketika perayaan Raya Cina, layanan tetap tip - top. Tak sampai 10 minit, urusan check in selesai. Dah lama saya tak dapat layanan begini. Iya lah, selalunya saya akan pilih hotel budget atau AirBnb untuk bercuti bersama keluarga. Bab nak keluarkan duit, saya ni jenis yang kedekut.

Jadi, mahal ke menginap di hotel ni?
Ha, relax dulu. Karang baru saya bagitau harga satu bilik di IMPIANA KLCC berapa Ringgit.


Selain layanan mesra semua staff (technician mereka pun mesra pelanggan), tarikan utama IMPIANA KLCC adalah lokasinya. Lokasi sangat strategik. Sangat dekat dengan Suria KLCC, Aquaria, KL Convention Center dan Pavillion. Tak perlu bawa kenderaan pun (parking di hotel percuma). Jalan kaki sahaja (dalam 2000 + langkah sehala) menggunakan jambatan pejalan kaki (pedestrian bridge). Tak perlu risau panas terik sebab jambatan ini berhawa dingin dan tertutup. Keselamatan pun terjaga kerana terdapat pengawal perubatan dan CCTV yang mengawal setiap penjuru jambatan.  Jarak keseluruhan jambatan pejalan kaki ini adalah 1.17 km dan menhubungkan Pavillion, Impiana KLCC dan KL Convention Center (dari KL Convention Center boleh terus ke Suria KLCC melalui laluan bawah tanah).


Walaupun kami dah berpuluh kali ke KLCC, kami tidak pernah jemu ke sana. Kali ini, sempena Raya Cina, pengunjung disajikan dengan persembahan Tarian Singa di Esplanade (di hadapan kolam air pancut). Ini bukan Tarian Singa biasa, tetapi jenis yang menggunakan pole atau tiang - tiang. Berdegup - degup juga jantung apabila lihat penari Tarian Singa buat - buat nak jatuh dari tiang yang tinggi.







Bagi yang terlepas pertunjukan ini, boleh menonton pertunjukan air pancut di Esplanade bermula jam 8 malam. Kami tak sempat nak menonton pertunjukan tersebut kerana anak - anak tak boleh nak duduk diam asyik nak ke kolam renang.




Satu lagi perkara yang menarik tentang Impiana KLCC adalah kolam renangnya dibuka sehingga jam 10 malam. Apa yang best sangat berenang malam - malam? Sudah tentu pemandangannya. Bukan selalu dapat berendam di kolam renang sambil menikmati pemandangan KL Petronas Twin Towers yang tersergam indah. 


Dah habis penat mandi swimming pool, baru kami pulang ke bilik.
Buka pintu sahaja, terus dapat lihat pemandangan indah KLCC. Memang menakjubkan pemandangan di waktu malam. Bilik deluxe yang kami inap pula amatlah luas. Saya tak reti sangat nak terangkan, boleh lihat gambar sendiri. Nasib baik ada King Size Bed yang boleh muat dua dewasa dan dua kanak - kanak dengan selesa. Mula - mula ingatkan ada seorang kena tidur atas sofa. Mujur tidak.

Berapa harga satu malam di Impiana KLCC?








Melalui Traveloka, saya dapat book bilik di hotel ini dengan harga RM 228.70 dua hari sebelum check ini. Ketika itu, Traveloka ada buat promosi tambahan diskaun 12%. Dengan harga macam ni, jangan pula letakkan harapan tinggi menggunung. Harga bilik yang ditawarkan ini, TIDAK termasuk sarapan pagi dan tiada pembatalan (no cancellation). Tak perlu risau pun tentang sarapan pagi. Kedai Mamak (Pelita Nasi Kandar) dekat je. Pagi - pagi pergi sana, beli bungkus untuk anak bini di bilik.


Kadang - kadang tak perlu book hotel awal kerana banyak juga last minute deals di portal - portal percutian seperti Traveloka, Trivago dan Hotels Combined. Kena pandai cari dan pilih sahaja. Tapi agak “gamble” la.

Ahmad Firdaus Mohd Haris
Doktor Jalan/Doktor Makan

Comments

Popular Posts