Featured

Movie Animation Park Studios (MAPS): Review telus tak ‘censor’.


11 pagi. Bersilau Ya Amat.

Berbaloi ke tak pergi MAPS?
Ramai tertanya - tanya, best ke MAPS ni? Iyelah, iklan MAPS merata - rata di sepanjang lebuh raya. Binaannya pula tersergam indah ditepi susur keluar Ipoh Selatan/Jelapang.

Meh saya review sikit.

Peta Rasmi MAPS.


1. Sejak pembukaan rasmi MAPS pada June 2017, masih terdapat beberapa tarikan yang masih belum siap. Yang paling ketara adalah kawasan DREAM ZONE. Dream Zone sepatutnya menjadi tarikan utama pengunjung kerana ia menepatkan tarikan seperti Megamind Megadrop, Dream Theater, Casper’s Birthday Blast dan The Crood’s Crazy Chase. Ia dijadualkan dibuka sebelum September 2017, namun ia masih ditutup pada bulan Mei 2018.

BoboiBoy 4D Adventure memang terbaik. Yang lain, tak berapa sangat.

2. Tarikan utama yang paling berbaloi dan wajib pergi adalah Boboiboy 4D Adventure. Ia seperti menonton filem 3D dipanggung wayang tetapi kerusi anda akan bergerak mengikut pergerakan watak dalam filem yang tersiar. Apabila watak terjunam dalam air, anda akan rasa percikan air dimuka. Begitu juga apabila terdapat deruan angin. Bagi saya, ia hampir sama taraf dengan Shrek 4D Adventure di Universal Studios Singapore.

Stunt Legends Arena.



3. Tarikan seterusnya yang ‘ok’ adalah Stunt Legends Arena. Boleh la, layan Nissan Skyline GTR dan KTM beraksi. Dari segi ‘storyline’, memang ‘out’. Apa yang dilakonkan oleh pelakon diatas pentas, sukar untuk difahami. ‘Stunt’ yang dilakukan oleh pemandu ‘ok’ juga la. Tidak membosankan. Sekadar itu sahaja.

Kalau sampai boleh terlelap, maksudnya apa?

4. Smurfs Land. Hanya dua tarikan yang dibuka ketika kunjungan saya (hari Sabtu, bukan di tengah minggu). The Smurfs Theater dan The Smurfs Partyland. Smurfs Theater adalah tarikan berbentuk interaktif dimana pengunjung dapat turut serta dalam perjalanan Papa Smurfs. Secara jujur, saya terlelap sepanjang lebih separuh dari jalan ceritanya. Jadi, saya nak cakap lebih pun tak boleh.



5. Smurfs Partyland pula tak ‘party’ mana pun. Hanya ada Smurfs ‘car ride’ dimana kanak - kanak boleh pandu kereta kecil dikeliling trek yang disediakan. Jangan risau, ia nampak selamat. Kereta tak boleh dipandu laju pun. Disebabkan tak ramai orang, anak - anak saya boleh layan beberapa ‘round’.

Papa kena duduk tepi sebab tak muat
Merry Go Round mesti naik
Lagi sekali tak boleh naik sebab terlebih berat.
Ada tempat maca Kidzoona AEON.

6. Saya setuju dengan rakan saya yang kata ‘rides’ disini adalah bagaikan “overpriced funfair rides”. Boleh dikatakan semua rides adalah ‘meh’ sahaja. Boleh la layan, tapi tiada umphh. Iyalah, di Funfair pun boleh dapat naik rides yang lebih kurang sama.

Makanan sedap dengan harga berpatutan.

7.Harga makanan di MAPS adalah lebih murah berbanding taman - taman tema yang lain. Boleh saya katakan harga makanan di Starship Restaurant adalah berbaloi dan boleh tahan sedapnya. Tapi, takkan saya nak masuk MAPS hanya untuk makan?

Random structure. Tiada penerangan pun.
Jarang sekali taman tema lengang begini pada hujung minggu.

8. Satu perkara yang paling ketara ‘missing’ di MAPS adalah elemen ‘taman tema’. Jika di Universal Studios dan Disneyland, setiap zone ada tema tertentu. Ada penceritaan disebalik setiap tarikan. Bangunan dan rides akan ikut jalan ceritanya tersendiri. Itulah maksud ‘theme park’. Elemen ini tiada di MAPS. Ada beberapa tarikan yang tiada langsung diberi penerangan. Pengunjung hanya sekadar berjalan sehingga ke hujung terowong. Itu sahaja.

Jadi, best ke tak?

Jawapan berkias saya begini, pergi lawat tempat - tempat ini dahulu:
1. Lost World of Tambun & Hotsprings.
2. Concubine Lane/Pekan Lama.
3. Musium Perak.
4. Kellie’s Castle.
5.Gua Tempurung.
6. White Water Rafting di Gopeng.
7. Pulau Pangkor.
8. Semua tempat makan yang menarik dan menggemukkan di Ipoh.

Selepas dah pergi semua tempat diatas dan masih ada masa dan bajet, boleh datang ke MAPS. Itupun jika harga promosi RM 50 seorang (dewasa dan kanak - kanak) dikekalkan atau diturunkan lagi. Dengan harga asal sehingga RM 190 untuk dewasa dan RM 150 untuk kanak - kanak. Ia amat - amat tidak berbaloi. Selepas pergi sekali, saya tak pasti saya nak kunjung lagi ke MAPS. Walaupun ia dibuka sehingga jam 10 malam, saya tak tau nak buat apa lama - lama duduk di MAPS. Jam 5 petang, kami dah pulang ke rumah.

*Saya sertakan perbandingan harga tiket taman tema lain di Malaysia dan Singapura.
Lost World of Tambun: RM 95 dewasa, RM 88 kanak - kanak. (Harga tawaran kini RM 61.75 dewasa, RM 57.20 kanak - kanak).
Sunway Lagoon: RM 120 dewasa, RM 96 kanak - kanak.
Legoland Malaysia: RM 189 dewasa, RM 149 kanak - kanak.
Sanrio Hello Kitty (2 park pass): RM 125 (tawaran online RM 88).
Universal Studios Singapore: SGD 76 dewasa, SGD 56 kanak - kanak (SGD 76 = RM 225.53)

Ahmad Firdaus Mohd Haris
Dr Jalan

Comments

Popular Posts