Skip to main content

Featured

Movie Animation Park Studios (MAPS): Review telus tak ‘censor’.

11 pagi. Bersilau Ya Amat. Berbaloi ke tak pergi MAPS? Ramai tertanya - tanya, best ke MAPS ni? Iyelah, iklan MAPS merata - rata di sepanjang lebuh raya. Binaannya pula tersergam indah ditepi susur keluar Ipoh Selatan/Jelapang. Meh saya review sikit. Peta Rasmi MAPS. 1. Sejak pembukaan rasmi MAPS pada June 2017, masih terdapat beberapa tarikan yang masih belum siap. Yang paling ketara adalah kawasan DREAM ZONE. Dream Zone sepatutnya menjadi tarikan utama pengunjung kerana ia menepatkan tarikan seperti Megamind Megadrop, Dream Theater, Casper’s Birthday Blast dan The Crood’s Crazy Chase. Ia dijadualkan dibuka sebelum September 2017, namun ia masih ditutup pada bulan Mei 2018. BoboiBoy 4D Adventure memang terbaik. Yang lain, tak berapa sangat. 2. Tarikan utama yang paling berbaloi dan wajib pergi adalah Boboiboy 4D Adventure. Ia seperti menonton filem 3D dipanggung wayang tetapi kerusi anda akan bergerak mengikut pergerakan watak dalam filem yang tersiar. Apabila wa

Timeshare: Jangan Join!



"Hello Encik Firdaus, saya dari XYZ Vacation Club. Kami ada suatu program untuk jemput Encik Firdaus hadir di Hotel XYZ. Kami ada program percutian yang hebat. Jika Encik hadir ke program ini, kami akan berikan penginapan percuma 3 hari 2 malam di Hotel XYZ."

Pernah tak dapat panggilan telefon begini?
Syarikat ini legit (sah). Tawaran yang diberi pun legit. Memang lepas hadiri program akan dapat penginapan percuma. Ini bukan scam.

Tapi...

Semasa program, penganjur akan berikan taklimat berkenaan pakej percutian syarikat. Anda akan ditawarkan penginapan 'PERCUMA' antara 7 hingga 14 malam di mana - mana hotel milik syarikat percutian tersebut.

Anda akan dijanjikan percutian yang mesra keluarga sepanjang tahun. Harga purata penginapan berkali ganda lebih murah daripada harga asal. Macam - macam lagi janji manis diberi.

"INI ADALAH PELABURAN TERBAIK UNTUK SEISI KELUARGA"

"SELAMA 30 TAHUN ANDA AKAN ADA TEMPAT UNTUK BAWA KELUARGA BERCUTI"

Harga pakej 'murah' sahaja. RM 30,000 hingga RM 40,000. Tiada duit sekarang?

Tak mengapa EZ pay kan ada. Baru RM 833 sebulan.

Macam mana saya tahu 'game' Timeshare, sebab saya pun dah ambil pakej 30 tahun. Masa tu muda lagi. Habis RM 35,000 untuk 'pelaburan' jangka masa panjang. RM 35K boleh angkat rumah flat sebiji dengan 'positive cashflow' tau!

Pada awalnya memang menarik. Tapi lama kelamaan jadi muak. Rasa tertipu. Kenapa?

1. Bilik hotel selalu penuh. Walaupun syarikat mempunyai jaringan hotel di serata Malaysia, bilik selalu penuh. Kalau nak tempah, kena sampai satu tahun ke hadapan. Nak last minute, memang tak dapat.

2. Terma dan syarat yang tidak mesra. Contohnya:
i. Kena booking sekurang - kurangnya 2 malam berturut - turut. Tidak boleh menginap hanya 1 malam.
ii. Dalam 14 malam penginapan 'percuma' yang diberi, hanya 7 malam sahaja boleh digunakan untuk malam di hujung minggu (weeekend).
iii. Jika nak buat booking, perlu book lebih dari 3 hari bekerja.
iv. Untuk menginap di hotel milik syarikat di luar negara, anda hanya boleh buat booking selama 7 malam berturut - turut. Hanya boleh check in pada hari Jumaat dan check out pada hari Jumaat. Hari lain, tak boleh.
v. Ada beberapa hotel lain yang menjadi rakan kongsi syarikat di mana pelanggan boleh menginap dengan harga diskaun. Tetapi apabila disemak, harga bilik di hotel yang sama adalah lebih murah jika dibeli melalui portal seperti Traveloka.

3. Penginapan di hotel syarikat TIDAK TERMASUK sarapan pagi.

4. Selain bayaran kontrak, pelanggan harus membayar yuran penyelenggaraan tahunan (maintenance fee) setiap tahun sehingga 30 tahun.

Jangan jadi macam saya. Kalau ada orang telefon dan memberi tawaran begini, pergi sahaja untuk claim penginapan percuma. Semasa ceramah diberi, tutup telinga dan tutup hati.

JANGAN JOIN!

Simpan RM 35 K tu dalam aset lain yang boleh memberikan pulangan. Gunakan hasil pulangan untuk bercuti sendiri. Follow group Backpackers Buddies Malaysia untuk dapatkan maklumat - maklumat berkenaan percutian 'do it yourself'.

Jika melancong dengan keluarga, gunakan khidmat AirBnB. Jika nak ala backpacking, cuba menginap hostel backpackers.

Apa - apa pun JANGAN JOIN TIMESHARE.

Doktor Jalan

Comments

Popular Posts