Skip to main content

Featured

Movie Animation Park Studios (MAPS): Review telus tak ‘censor’.

11 pagi. Bersilau Ya Amat. Berbaloi ke tak pergi MAPS? Ramai tertanya - tanya, best ke MAPS ni? Iyelah, iklan MAPS merata - rata di sepanjang lebuh raya. Binaannya pula tersergam indah ditepi susur keluar Ipoh Selatan/Jelapang. Meh saya review sikit. Peta Rasmi MAPS. 1. Sejak pembukaan rasmi MAPS pada June 2017, masih terdapat beberapa tarikan yang masih belum siap. Yang paling ketara adalah kawasan DREAM ZONE. Dream Zone sepatutnya menjadi tarikan utama pengunjung kerana ia menepatkan tarikan seperti Megamind Megadrop, Dream Theater, Casper’s Birthday Blast dan The Crood’s Crazy Chase. Ia dijadualkan dibuka sebelum September 2017, namun ia masih ditutup pada bulan Mei 2018. BoboiBoy 4D Adventure memang terbaik. Yang lain, tak berapa sangat. 2. Tarikan utama yang paling berbaloi dan wajib pergi adalah Boboiboy 4D Adventure. Ia seperti menonton filem 3D dipanggung wayang tetapi kerusi anda akan bergerak mengikut pergerakan watak dalam filem yang tersiar. Apabila wa

Mencari Makanan Halal Di Melbourne

MENCARI MAKANAN HALAL DI MELBOURNE
(sambungan daripada 5 Tips Sebelum Melangkah Keluar Melbourne Airport)
==============================
Lauk Brahim’s dah declare.
Luggage semua dah clear.
Kereta dah dapat.
SIM card dah boleh pakai.
Bermulalah perjalanan ke Great Ocean Road.
Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari.
“Kruk kruk kruk” Perut dah mula berbunyi.
===============================
Nasib baik dah search siap – siap dekat mana nak makan. Lokasi pertama melahap di Australia adalah di MELBOURNE KEBAB STATION di Coburg. Hanya 10 minit perjalanan dari Melbourne Airport. Saya memilih tempat ini kerana Coburg mempunyai komuniti masyarakat beragama Islam yang ramai. Kiri kanan jalan (Sydney Road) penuh dengan kedai – kedai Muslim. Amat mudah untuk mencari kedai daging dan ayam yang halal (Google: Halal butchers). Di sebelah Melbourne Kebab Station pula ada kedai Coles untuk membeli barang untuk memasak (minyak, sayuran, garam dan sebagainya). Ia lokasi yang amat strategik.

MELBOURNE KEBAB STATION

Kebab di sini bukan seperti Kebab di pasar malam Malaysia. Bagai langit dengan bumi. Satu large Kebab cukup untuk dua orang makan.  Portion daging dan roti sangat banyak. Kalau boleh muat perut makan satu large kebab seorang diri, saya memang tabik spring. AUD 13 untuk dua orang makan bagi saya, agak berpatutan. Kalau nak convert baru makan, memang sampai ke sudah tak makan nya.
Saya cadangkan anda beli Turkish bread (item 13 berharga AUD 3.50) untuk kudapan semasa memandu. Walaupun dalam gambar di menu nampak kecil, sebenarnya ia sangat besar. Saya beli 3 keping untuk rombongan seramai 13 orang. Setelah hari kedua, baru dapat habiskan. Ia besar, sedap dan mengenyangkan.

Menu makanan di Melbourne Kebab Station

Portion kebab yang besar

Turkish bread yang lebih besar dari dalam gambar

COLES

Sepertimana saya nyatakan di atas, kedai Cole’s berjiran dengan Melbourne Kebab Station. Cole’s adalah seperti Tesco di Malaysia. Segala barang memasak boleh beli di sini. Nak beli barang di Coles ni ada strategi tersendiri.  Untuk mendapatkan nilai wang dollar yang paling baik, cari produk dengan label Coles value.
1. Dare Coffee memang sedap gila. Akan menyesal jika tak cuba. Cuba lihat promosi yang ada. Kalau boleh, dapatkan dua botol dengan harga AUD 8 pada harga promosi. Kalau tak bawa cooler box, jangan harap nak bawa balik Malaysia. Sampai Malaysia je, akan terus basi. Saya dah cuba dah.

Mocha yang paling sedap

2. Chocolate. Walaupun chocolate jenama Coles, ia masih lebih sedap daripada chocolate yang sedia ada di Malaysia. Walaubagaimanapun, saya dapati chocolate di sini (dan beberapa negara lain) sangat mudah cair berbanding di Malaysia. Ada kalanya, harga promosi yang ditawarkan sangat – sangat berbaloi untuk dibeli borong.
3. Sayuran dan buah – buahan di sini sangat segar. Rasa tomato dan lettuce lebih rangup dan manis. Dari segi harga, tidak murah dan tidak mahal.
4. Chips jenama Coles banyak dan murah. Cari cicah Salsa dari Coles juga untuk rasa yang lebih mantap.
5. Untuk mencari produk makanan yang Halal, perlu baca betul – betul ingredients yang tersenarai. Cari produk yang bertanda VEGETARIAN atau yang mempunyai logo Halal tersendiri.

HALAL BUTCHER

Jika anda cadang nak masak sendiri ketika di Australia, anda WAJIB cari Halal Butcher; kedai daging dan ayam. Kena cuba masak sendiri daging kambing segar dari Australia. Tak perlu susah – susah cari recipe. Meh saya kongsikan cara memasak:
1. Pastikan daging di suhu bilik (room temperature) sebelum masak.
2. Taburkan garam dan lada hitam (black pepper).
3. Jika ada BBQ sauce, campurkan sekali.
4. Gunakan non stick pan dan masak dengan high heat.
5. Dapatkan tekstur ‘medium done’ untuk rasa yang terbaik.
6. Untuk lebih lengkap, beli capsicum, tomato, bawang besar dan Portobello mushrooms. Gaulkan dengan garam dan lada hitam. Terus masak dalam pan yang sama.



PRE PACKED MEALS

Untuk memudahkan urusan makan untuk rombongan besar, saya telah membeli bekas makanan plastic dari Malaysia. Jenis yang ada 3 bahagian (compartments). Setiap hari sebelum bertolak dari rumah AirBnb, makanan akan disediakan siap – siap. Nasi dan lauk diletakkan berasingan supaya tidak cepat basi.
Di Australia, ada banyak tempat yang boleh picnic, terutamanya di sepanjang Great Ocean Road. Bila dah lapar, berhenti sahaja di mana – mana dan terus makan sambil menikmati pemandangan yang indah.

Pre packed meal. Buka boot - duduk - makan - kenyang.

Kesimpulannya, kalau nak jimat baik masak sendiri. Tak perlu susah – susah nak cari makanan halal.

Dr Ahmad Firdaus
Jalan Doctor

#melbournetrip #melbourne #makananhalal #coburg

Comments

  1. Assalam. Dr... mana bahagian 2 untuk itenerary di melburne. Mana dr p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts