Skip to main content

Featured

Movie Animation Park Studios (MAPS): Review telus tak ‘censor’.

11 pagi. Bersilau Ya Amat. Berbaloi ke tak pergi MAPS? Ramai tertanya - tanya, best ke MAPS ni? Iyelah, iklan MAPS merata - rata di sepanjang lebuh raya. Binaannya pula tersergam indah ditepi susur keluar Ipoh Selatan/Jelapang. Meh saya review sikit. Peta Rasmi MAPS. 1. Sejak pembukaan rasmi MAPS pada June 2017, masih terdapat beberapa tarikan yang masih belum siap. Yang paling ketara adalah kawasan DREAM ZONE. Dream Zone sepatutnya menjadi tarikan utama pengunjung kerana ia menepatkan tarikan seperti Megamind Megadrop, Dream Theater, Casper’s Birthday Blast dan The Crood’s Crazy Chase. Ia dijadualkan dibuka sebelum September 2017, namun ia masih ditutup pada bulan Mei 2018. BoboiBoy 4D Adventure memang terbaik. Yang lain, tak berapa sangat. 2. Tarikan utama yang paling berbaloi dan wajib pergi adalah Boboiboy 4D Adventure. Ia seperti menonton filem 3D dipanggung wayang tetapi kerusi anda akan bergerak mengikut pergerakan watak dalam filem yang tersiar. Apabila wa

8 Hari 7 Malam di Melbourne Bahagian 1



Seperti yang dijanjikan, saya kongsikan complete itinerary dan tips untuk percutian di Melbourne, Australia.

RINGKASAN

Tempoh percutian: 18 Mac hingga 25 Mac 2017

Musim: Autumn (luruh) - tapi Melbourne ni satu hari boleh ada 4 musim.

Bilangan ahli rombongan: 13 orang

Tempat tinggal: 
1. Skenes Creek, along Great Ocean Road  – 2 malam
2. Richmond, Melbourne – 4 malam
3. Satu malam atas kapal terbang

Tempat yang dilawat:
1. Great Ocean Road – Lorne, Kennet River, Apollo Bay, Castle Cove, 12 Apostles, Loch Ard Gorge
2. Queen Victoria Market
3. DFO Essendon - #nerakawang
4. Philip Island
– Pelican Feeding , Koala Sanctuary, Churchill Island Heritage Farm, The Nobbies, Penguin Parade
5. Puffing Billy
6. Melbourne Free Tram Zone

FLIGHT

Antara banyak banyak penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne, AIRASIA X adalah yang paling murah walaupun setelah ditambah option luggage dan makanan (berdasarkan skyscanner.com).

RM 1749 return trip termasuk – 20kg luggage, 1 meal, advanced seat request.

Kami mengambil flight jam 1030 malam dari KLIA2 dan pulang jam 1035 pagi. Untuk harga tiket yang lebih murah, boleh consider flight jam 1010 pagi dari KLIA2. Walaubagaimanapun, waktu tiba di Melbourne adalah jam 8 malam. Flight Melbourne – KLIA2 pula boleh naiki flight jam 1210 pagi.

Saya berpendapat lebih baik naiki flight malam dan tiba di Melbourne pada waktu pagi. Boleh hit the ground running pada hari pertama. Tapi sebenarnya flight malam agak memenatkan. Badan saya yang agak sado (perasan), sukar mendapat posisi yang selesa untuk a good night sleep. Paling power pun dapat lelap sejam dua sahaja.

Sesuatu yang perlu diambil kira semasa membeli tiket penerbangan dengan AIR ASIA X adalah berat beg. Pastikan beli allocation yang secukupnya. Salah seorang ahli rombongan saya terlebih muatan sebanyak 10 kg dan perlu membayar sebanya AUD 200. AUD 20 sekilo. Melayang RM 780. Nak pegsan dibuatnya.

Roasted Chicken with Raspberry Gravy. Boleh tahan juga rasanya

*Cadangan packing bag
Bila ramai – ramai ni, option yang paling murah semasa mengembara adalah dengan membawa barang makanan sendiri. Pek Brahim’s, Maggi dan sebagainya adalah wajib kalau dah tekak Melayu. Jadi, asingkan barang makanan kering dalam satu beg asing. Bila di kastam Melbourne Airport, hanya satu orang sahaja pergi untuk declare barang makanan. Kerajaan Australia sangat menitik beratkan bab makanan yang dibawa masuk dari negara lain. Kalau tak kantoi tak mengapa. Jika kantoi, saman yang dikenakan sangat cekik darah.

VISA

Visa diperlukan oleh rakyat Malaysia yang ingin melawat Australia. Visa hanya boleh diperolehi secara online, ETA (electronic travel authority). Saya memilih untuk memperoleh visa melalu Cik Intan. Pada awalnya, saya agak khuatir samada ini legit ke tidak. Tetapi setelah mendapat recommendation dari rakan rapat, saya proceed juga. Alhamdulillah legit. Memang boleh recommend. Pantas, murah dan tepat. 

Setiap permohonan visa dikenakan caj RM 20 dan anda hanya bayar jika permohonan anda lulus. Saya email jam 11 malam, jam 1115 malam Cik Intan reply. 12 malam dah boleh settle bayaran dan terima visa. Cik Intan boleh dihubungi melalui eta.australia@yahoo.com.

SEWA KERETA


Hyundai Elantra

Hyundai Imax (Starex) - 8 seater

Untuk bilangan ahli rombongan seramai 13 orang, lebih baik sewa kenderaan sendiri. Mudah untuk bergerak ke sana kemari. Nak singgah mana – mana pun senang. Kami menggunakan khidmat Apex Car Rentals untuk menyewa sebuah Hyundai Imax (Strarex) dan sebuah Hyudai Elantra.

Kenapa Apex? Berbanding syarikat lain, Apex menawarkan harga yang paling murah. Reviews pun bagus bagus belaka.

Ini perbandingan yang saya buat:
*sewa untuk 7 hari

1. Avis
a.       Hyundai Starex – AUD 834.71
b.      Hyundai Elantra – AUD 592.97
c.       Total = AUD 1427.68 = RM 4865.04

a.       Hyundai Starex – AUD 828.93
b.      Nissan Pulsar – AUD 621.16
c.       Total = AUD  1450.09 = RM 4641.41

3. Hertz
a.       Kia Carnival – AUD 794.52 (+307.08)
b.      Toyota Corolla  - AUD 359.52 (+307.08)
c.       Total = AUD 1154.04 (+614.61) = 1768.2 = RM 6025.42

4. Apex
a.       Hyundai Starex – AUD 815.46
b.      Hyundai Elantra – AUD 470.1
c.       Total = AUD 1285.56 = RM 4380.75 (AUD 1 = RM 3.41)

Apex tidak mempunyai kaunter di dalam perkarangan lapangan terbang. Walaubagaimanapun, khidmat shuttle percuma disediakan untuk ke kaunter dan warehouse fizikalnya. Lokasi Apex Car Rental terletak lebih kurang lima minit dari lapangan terbang.

Apex Car Rental Melbourne memang saya RECOMMEND kerana khidmat pelanggan nya adalah bagus. Petugas nya amat ceria dan membantu dari awal hingga kita membawa kereta keluar dari garage. Saya memilih full options (zero excess) untuk pengalaman pemanduan yang hassle free.

Saya memulangkan semula kenderaan diluar waktu pejabat. Maka, surcharge AUD 40 dikenakan. Saya hanya perlu letakkan kenderaan di Quality Hotel dan shuttle bus dari hotel menghantar saya terus ke lapangan terbang.

Ingat;

1. Kereta dipinjamkan dengan full tank. Kena ingat untuk top up sampai penuh apabila dikembalikan.

2. Pastikan buat satu round di keliling kenderaan. Jika ada calar atau retak, pastikan ada bukti gambar dan rekod dalam slip yang diberikan sebelum tandatangan.

3. Setiap penumpang kenderaan perlu memakai tali pinggang keledar – termasuk kanak – kanak. Booster seats atau baby seats perlu digunakan untuk kanak – kanak mengikut kesusaian umur.

4. Segala bayaran adalah dalam bentuk kad kredit. Bayaran tunai dan kad debit tidak diterima.

5. Kad kredit dan suatu surat persetujuan akan disimpan oleh pihak Apex untuk urusan bayaran tol. Di Melbourne tiada toll booth. Tahu – tahu kena charge je terus. Kena perhati betul – betul jalan yang kita tempuhi.

Van shuttle untuk ke Apex Car Rental - kena call dulu, baru dia pick up

SIM CARD

Waze dan Google Maps banyak membantu ketika memandu di Victoria. Oleh itu, adalah lebih baik untuk membeli SIM card di sana untuk lebih mudah navigate. Pilihan saya ketika di Australia adalah prepaid Optus. Tiada apa yang special mengenai syarikat ini. Hanya kerana ia satu – satunya syarikat telekomunikasi yang mempunya kedai di Arrival Hall, Melbourne Airport. Package yang ditawarkan juga agak menarik.

Unlimited calls
Unlimited SMS
500 MB data sehari.
AUD 15 untuk 7 hari.

Cukup untuk light surfing, tanpa Instagram dan video streaming.



OK lah, cukup dengan intro yang agak membosankan ini.
Moh kita mula jalan pula….


8 Hari 7 Malam Di Melbourne Bahagian 2

Comments

Popular Posts