Seperti yang dijanjikan, saya kongsikan complete itinerary dan
tips untuk percutian di Melbourne, Australia.
RINGKASAN
Tempoh percutian: 18 Mac hingga 25 Mac 2017
Musim: Autumn (luruh) - tapi Melbourne ni satu hari boleh ada 4 musim.
Bilangan ahli rombongan: 13 orang
Tempat tinggal:
1. Skenes Creek, along Great Ocean Road – 2 malam
2. Richmond, Melbourne – 4 malam
3. Satu malam atas kapal terbang
Tempat yang dilawat:
1. Great Ocean Road – Lorne, Kennet River, Apollo
Bay, Castle Cove, 12 Apostles, Loch Ard Gorge
2. Queen Victoria Market
3. DFO Essendon - #nerakawang
4. Philip Island
– Pelican Feeding , Koala Sanctuary,
Churchill Island Heritage Farm, The Nobbies, Penguin Parade
5. Puffing Billy
6. Melbourne Free Tram Zone
FLIGHT
Antara banyak banyak penerbangan dari Kuala Lumpur ke
Melbourne,
AIRASIA X adalah yang paling murah walaupun setelah ditambah option luggage
dan makanan (berdasarkan
skyscanner.com).
RM 1749 return trip termasuk – 20kg luggage, 1 meal, advanced
seat request.
Kami mengambil flight jam 1030 malam dari KLIA2 dan pulang
jam 1035 pagi. Untuk harga tiket yang lebih murah, boleh consider flight jam
1010 pagi dari KLIA2. Walaubagaimanapun, waktu tiba di Melbourne adalah jam 8
malam. Flight Melbourne – KLIA2 pula boleh naiki flight jam 1210 pagi.
Saya berpendapat lebih baik naiki flight malam dan tiba di
Melbourne pada waktu pagi. Boleh hit the ground running pada hari pertama. Tapi
sebenarnya flight malam agak memenatkan. Badan saya yang agak sado (perasan), sukar
mendapat posisi yang selesa untuk a good night sleep. Paling power pun dapat
lelap sejam dua sahaja.
Sesuatu yang perlu diambil kira semasa membeli tiket
penerbangan dengan AIR ASIA X adalah berat beg. Pastikan beli allocation yang
secukupnya. Salah seorang ahli rombongan saya terlebih muatan sebanyak 10 kg
dan perlu membayar sebanya AUD 200. AUD 20 sekilo. Melayang RM 780. Nak pegsan
dibuatnya.
|
Roasted Chicken with Raspberry Gravy. Boleh tahan juga rasanya |
*Cadangan packing bag
Bila ramai – ramai ni, option yang paling murah semasa
mengembara adalah dengan membawa barang makanan sendiri. Pek Brahim’s, Maggi
dan sebagainya adalah wajib kalau dah tekak Melayu. Jadi, asingkan barang makanan kering dalam satu beg asing.
Bila di kastam Melbourne Airport, hanya satu orang sahaja pergi untuk declare
barang makanan. Kerajaan Australia sangat menitik beratkan bab makanan yang
dibawa masuk dari negara lain. Kalau tak kantoi tak mengapa. Jika kantoi, saman yang dikenakan sangat cekik
darah.
VISA
Visa diperlukan oleh rakyat Malaysia yang ingin melawat
Australia. Visa hanya boleh diperolehi secara online, ETA (electronic travel
authority). Saya memilih untuk memperoleh visa melalu Cik Intan. Pada awalnya,
saya agak khuatir samada ini legit ke tidak. Tetapi setelah mendapat
recommendation dari rakan rapat, saya proceed juga. Alhamdulillah legit. Memang
boleh recommend. Pantas, murah dan tepat.
Setiap permohonan visa dikenakan caj
RM 20 dan anda hanya bayar jika permohonan anda lulus. Saya email jam 11 malam,
jam 1115 malam Cik Intan reply. 12 malam dah boleh settle bayaran dan terima
visa. Cik Intan boleh dihubungi melalui
eta.australia@yahoo.com.
SEWA KERETA
|
Hyundai Elantra |
|
Hyundai Imax (Starex) - 8 seater |
Untuk bilangan ahli rombongan seramai 13 orang, lebih baik
sewa kenderaan sendiri. Mudah untuk bergerak ke sana kemari. Nak singgah mana –
mana pun senang. Kami menggunakan khidmat
Apex Car Rentals untuk menyewa sebuah
Hyundai Imax (Strarex) dan sebuah Hyudai Elantra.
Kenapa Apex? Berbanding syarikat lain, Apex menawarkan harga
yang paling murah. Reviews pun bagus bagus belaka.
Ini perbandingan yang saya buat:
*sewa untuk 7 hari
a.
Hyundai Starex – AUD 834.71
b.
Hyundai Elantra – AUD 592.97
c.
Total = AUD 1427.68 = RM 4865.04
a.
Hyundai Starex – AUD 828.93
b.
Nissan Pulsar – AUD 621.16
c.
Total = AUD
1450.09 = RM 4641.41
a.
Kia Carnival – AUD 794.52 (+307.08)
b.
Toyota Corolla
- AUD 359.52 (+307.08)
c.
Total = AUD 1154.04 (+614.61) = 1768.2 = RM
6025.42
4. Apex
a. Hyundai Starex – AUD 815.46
b. Hyundai Elantra – AUD 470.1
c. Total = AUD 1285.56 = RM 4380.75 (AUD 1 =
RM 3.41)
Apex tidak mempunyai
kaunter di dalam perkarangan lapangan terbang. Walaubagaimanapun, khidmat
shuttle percuma disediakan untuk ke kaunter dan warehouse fizikalnya. Lokasi
Apex Car Rental terletak lebih kurang lima minit dari lapangan terbang.
Apex Car Rental Melbourne memang saya RECOMMEND kerana
khidmat pelanggan nya adalah bagus. Petugas nya amat ceria dan membantu dari
awal hingga kita membawa kereta keluar dari garage. Saya memilih full options
(zero excess) untuk pengalaman pemanduan yang hassle free.
Saya memulangkan semula kenderaan diluar waktu pejabat.
Maka, surcharge AUD 40 dikenakan. Saya hanya perlu letakkan kenderaan di
Quality Hotel dan shuttle bus dari hotel menghantar saya terus ke lapangan
terbang.
Ingat;
1. Kereta dipinjamkan dengan full tank. Kena ingat untuk
top up sampai penuh apabila dikembalikan.
2. Pastikan buat satu round di keliling kenderaan.
Jika ada calar atau retak, pastikan ada bukti gambar dan rekod dalam slip yang
diberikan sebelum tandatangan.
3. Setiap penumpang kenderaan perlu memakai tali
pinggang keledar – termasuk kanak – kanak. Booster seats atau baby seats perlu
digunakan untuk kanak – kanak mengikut kesusaian umur.
4. Segala bayaran adalah dalam bentuk kad kredit.
Bayaran tunai dan kad debit tidak diterima.
5. Kad kredit dan suatu surat persetujuan akan disimpan
oleh pihak Apex untuk urusan bayaran tol. Di Melbourne tiada toll booth. Tahu –
tahu kena charge je terus. Kena perhati betul – betul jalan yang kita tempuhi.
|
Van shuttle untuk ke Apex Car Rental - kena call dulu, baru dia pick up |
SIM CARD
Waze dan Google Maps banyak membantu ketika memandu di
Victoria. Oleh itu, adalah lebih baik untuk membeli SIM card di sana untuk
lebih mudah navigate. Pilihan saya ketika di Australia adalah prepaid Optus.
Tiada apa yang special mengenai syarikat ini. Hanya kerana ia satu – satunya syarikat
telekomunikasi yang mempunya kedai di Arrival Hall, Melbourne Airport. Package
yang ditawarkan juga agak menarik.
Unlimited calls
Unlimited SMS
500 MB data sehari.
AUD 15 untuk 7 hari.
Cukup untuk light surfing, tanpa Instagram dan video
streaming.
OK lah, cukup dengan intro yang agak membosankan ini.
Moh kita mula jalan pula….
8 Hari 7 Malam Di Melbourne Bahagian 2
Comments
Post a Comment